AYAT 1000 Dinar
# Ayat ini jikalau diamalkan setiap kali selepas solat sebanyak 3X, In Shaa Allah akan beroleh seribu faedah
# Sesiapa yang beramal dengan ayat ini, Allah Taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah Taala akan memberikan rezeki yang banyak dengan tidak disangka-sangka dan Allah Taala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
# Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3X dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan dibacakan pada air sebanyak 3X lalu diberi minum, In Shaa Allah akan sembuh segala penyakitnya.
# Jika mengalami masalah berat seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat Fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah Taala
# Jika bertempur menentang musuh, tidak binasa disebabkan terbakar tidak lut dengan pukulan besi dan tiada mudarat dari sebarang benda yang bahaya.
## AMALKAN DAN BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH S.W.T.
Saya,Mummy Puteri
