PENGEDAR SAH SHAKLEE SEKITAR KAWASAN JOHOR BAHRU, PASIR GUDANG, TAMPOI, SKUDAI, ULU TIRAM

Saya merupakan pengedar sah Shaklee anda di kawasan Johor Bahru. Khidmat COD (Saya Hantar & Anda Bayar) juga disediakan bagi anda yang berada sewaktu dengan saya..hihi..Bagitau jek kat mana port yang kita boleh jumpa utk anda dapatkan produk Shaklee dari saya. In Shaa ALLAH tiada sebarang charge yg dikenakan..lagi dekat kita leh jumpe lagi bagus kann..u senangkan keje i, i pon hepi..^_^

Bagi anda yang berminat nak join Shaklee, tak kesah la yang duk umah ke, yang berkerjaya ke, student pon bole..janji syaratnye mesti 18 tahun ke atas. yang suri rumah pon da ramai tau yang berjaya jana income 4, 5 angka..anda taknak ke? yang penting kena la rajin promote produk, DOA & selebihnya TAWAKKAL pada ALLAH. Rezeki takkan datang bergolek kan..

So, kalo anda dah bersedia untuk melangkah ke alam jutawan bersama- sama saya, hubungi segera dan saya akan tunjukkan anda cara2nya..


Baca lagi tentang kelebihan jadi ahli Shaklee disini & di sini

ANDA HEBAT! ANDA KAYA! ANDA BERJAYA..

Saya,

www.facebook.com/kukhadijah.kuhamid
Showing posts with label pencegahan diabetes. Show all posts
Showing posts with label pencegahan diabetes. Show all posts

Monday, 18 November 2013

MENCEGAH DIABETES

BAGAIMANA KENALI TANDA-TANDA DIABETES DAN PENCEGAHANNYA

Anda rasa anda sihat dan tidak mempunyai masalah diabetes. Tapi awas, kebanyakan diabetes melitus hadir tanpa kita sedari dari awal. Sebenarnya terdapat tanda-tanda awal diabetes sebelum kita disahkan menghidapi diabetes iaitu:

Tanda-Tanda Awal Diabetes:
 
1. Kerap berasa dahaga
2. Kerap membuang air kecil terutamanya ditengah malam
3. Mempunyai penglihatan yang kabur
4. Keletihan melampau tanpa sebab yang diketahui
5. Berat badan berlebihan
6. Kerap berasa lapar
7. Kerengsaan kulit

Selalunya pesakit diabetes kurang peka dengan mengaitkan tanda-tanda awal sebegini dengan penyakit diabetes. Kebanyakkan mereka menyedari mereka menghidapi penyakit diabetes melitus apabila mereka merujuk masalah berikut kepada doktor:

TANDA-TANDA DIABETES

  Menghadapi masalah jangkitan yang kerap seperti pada:-
     - Kulit
     - Gusi
     - Jangkitan pundi kencing
◇  Penglihatan yang semakin kabur
◇  Luka lambat sembuh
◇  Parut luka berwarna kehitam-hitaman
◇  Rasa kebas di tangan atau kaki
◇  Tekanan darah tinggi mula hadir
◇  Air kencing mengandungi KETON (hasil sampingan kerosakan
     otot dan lemak terjadi apabila kandungan insulin dalam badan tidak mencukupi)

Punca-Punca Diabetes Melitus
 
Kita harus mengambil berat tanda-tanda diabetes ini supaya kita boleh mengenalpasti masalah kesihatan yang berlaku bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga ahli-ahli keluarga yang lain. Diabetes melitus boleh dihidapi oleh kanak-kanak dan remaja juga walaupun penyumbang terbesar statistik negara daripada 1.2 juta orang penghidap diabetes melitus adalah golongan berusia 30-an dan ke atas.
Penyakit diabetes adalah satu keadaan di mana tubuh tidak menghasilkan jumlah hormon insulin yang cukup untuk menukarkan gula, kanji dan makanan lain menjadi tenaga seharian. Walaupun kita mengetahui tanda-tanda diabetes, namun punca diabetes masih lagi tidak diketahui oleh pakar dan saintis. Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan penyakit diabetes iaitu: 

1.  Tubuh tidak menghasilkan sebarang insulin. Pesakit perlu mengambil suntikan insulin setiap hari.
2.  Tubuh tidak lagi menghasilkan paras insulin yang cukup ataupun tidak menggunakan insulin dengan betul seperti biasa

Tanda-Tanda Orang Yang Berisiko Mendapat Diabetes
 
-  Adik beradik kepada pesakit diabetes
-  Anak-anak kepada ibu bapa yang mempunyai masalah diabetes melitus
-  Individu yang mempunyai masalah diabetes dalam sejarah keluarga
-  Individu obesiti cenderung untuk mendapat diabetes
-  Individu yang tindak bersenam
-  Wanita yang melahirkan anak dengan berat, lebih 9 paun

Pencegahan Diabetes Melitus
 
Lakukan langkah-langkah pencegahan diabetes melitus untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik demi orang tersayang. Antara langkah-langkah sihat bagi pencegahan diabetes melitus:

1. PEMAKANAN SIHAT 
Amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta mengikut keperluan umur

2. BERSENAM
Kerapkan bersenam 3 kali seminggu dengan 20 minit bagi setiap sesi  dan bertambah menyeronokkan bersenam bersama keluarga

3. PENJAGAAN KESIHATAN 
Lakukan pemeriksaan doktor apabila anda mengalami tanda-tanda diabetes

4. SUPPLEMENT
Ambil supplement sebagai makanan tambahan selain makanan harian untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi dengan baik.

5. TIDUR & REHAT SECUKUPNYA
Tidak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya juga penyebab hadirnya penyakit diabetes dalam tubuh.

== Supplement Yang Boleh Diambil Oleh Pesakit Diabetes ==

Vitamin Asas Bagi Pesakit Diabetes

VITAMIN ASAS PESAKIT DIABETES
♥B-Complex ♥
Menukarkan gula kepada tenaga dan membebaskan tenaga

♥Vita-Lea♥
Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap

♥Sustaines Release Vita-C 500mg ♥
Mengukuhkan kapilari dan salur darah

♥Zinc Complex♥
Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat.

== Vitamin Tambahan Bagi Pesakit Diabetes ==

VITAMIN TAMBAHAN BAGI PESAKIT DIABETES

♥Alfalfa Complex♥
Membantu stabilkan gula dalam darah

♥Carotomax♥
Menghalang penglihatan kabur

♥GLA Complex♥
Beri kesan positif pada Diabetic neuopathy

♥Vivix♥
Merendahkan kolestrol, tekanan darah, mengurangkan diabetes dan
berat badan, anti-penuaan

♥Ostematrix (Kalsium & Magnesium)♥
Mengurangkan masalah diabetes dan osteoporosis

==Larangan Pengambilan Vitamin Untuk Penyakit Diabetes ==

1. Alfalfa Complex tidak disarankan diambil bersama Vita-Lea dan Vita-E kerana boleh mengganggu penyerapan vitamin E

2. Ostematrix tidak boleh diambil bersama Vita-lea kerana zat besi dalam Vita-Lea mengganggu penyerapan kalsium.

##Jangan biarkan tanda-tanda diabetes berlarutan, dapatkan pemeriksaan doktor dan nikmati kehidupan yang lebih sihat dan pemakanan yang sihat.  Rawatan awal dapat mengurangkan gelaja penyakit diabetes yang lebih teruk sehingga memerlukan suntikan setiap hari dan luka-luka lambat sembuh sehingga menyebabkkan anggota tubuh perlu dipotong untuk menyelamatkan nyawa anda atau ahli keluarga yang mempunyai masalah diabetes. Jagalah kesihatan diri demi orang-orang tersayang.

BERMINAT?? HUBUNGI SAYA....

FB   : www.facebook.com/kukhadijah.kuhamid
Blog : puterisihatjelita.blogspot.com
pm.sms.wasapp : 011-12793892


Pengedar sah Shaklee area Johor Bahru, Masai dan Pasir Gudang.. Poslaju ke Seluruh Malaysia, Sabah & Sarawak

 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share 'Sharing Is Caring'.. 

Saya,
www.facebook.com/kukhadijah.kuhamid 





GUA

Oh!Belog